RSS

CARA AMBIL GAMBAR DEKAT

      
       Mungkin banyak sumber gambar yang boleh diperolehi dari internet tetapi tidak semestinya apa yang kita mahukan itu benar-benar ada. Jika ada sekalipun, mungkin tidak menepati citarasa seseorang guru itu untuk menjadikannya sebagai bahan bantu mengajarnya.  Sebagai alternatifnya, kamera digunakan sebagai gajet untuk mengambil gambar. Seorang guru sains misalnya, berminat mengambil gambar pelbagai jenis bunga di sekolahnya untuk dijadikan BBM. Sudah tentu kamera yang ada sekarang ini telah mempunyai ciri-ciri kamera berpixel tinggi mampu memberikan kualiti gambar yang terbaik. Lagipun gambar yang berpixel tinggi boleh ditayangkan  di skrin besar dan imej tidak pecah. Justeru itu, kamera yang kecil atau telefon bimbit yang ada ketika ini mempunyai mode yang boleh diselaraskan. Untuk gambar yang dekat atau "close up", cikgu boleh menyelaraskan kepada butang mode "Macro".
  
   Mode Macro mampu memberi sentuhan supaya gambar itu timbul dan "sharp" manakala latarbelakangnya menjadi kabur. Caranya, selaraskan kepada mode Macro dan fokuskan subjek dengan jarak yang dekat. Pastikan subjek mendapat dedahan cahaya yang cukup.Tekan trigger dalam keadaan separa tekan supaya kamera itu dapat membaca imej dengan jelas. Kemudian capture (tangkap) imej itu. Tidak perlu guna flash untuk memastikan gambar itu kelihatan natural. Jika boleh elakkan tangan daripada bergoyang ketika capture imej tersebut. Lihat hasilnya ! Kalau tidak percaya, cikgu boleh mengambil jam tangan dan cuba sendiri. Sudah tentu cikgu tidak menyangka bahawa Gajet yang cikgu beli itu benar-benar berbaloi dan tidak sia-sia. Selamat mencuba.



0 comments:

KELAS PEMULIHAN

VOKAL BERGANDING