RSS

APA ITU E-PEMBELAJARAN?

     
      Ini adalah tugasan forum saya yang  bertajuk " Bagaimanakah perlaksanaan E-Pembelajaran dapat diperbaiki dan diperluaskan di sekolah-sekolah Malaysia?" Artikel ini adalah merupakan sebahagian daripada tulisan saya khas untuk semua rakan guru bagi perkongsian ilmu. Cikgu boleh baca entry di bawah ini 

     E-Pembelajaran terdiri daripada semua bentuk pembelajaran secara elektronik yang disokong dengan pengajaran dan pembelajaran. Ianya wajar diistilahkan sebagai peranti pembelajaran. Pada dasarnya E-Pembelajaran merupakan rangkaian maklumat yang boleh dipindahkan terus kepada seseorang melalui talian internet, audiovideo, TV satelit  dan CD-ROM.  Aplikasi dan proses E-Pembelajaran termasuk juga pembelajaran berasaskan Web. Pembelajaran berasaskan komputer pula dibina secara maya dan fungsi digital.  E-Pembelajaran juga boleh merujuk kepada laman web pendidikan di negara kita contohnya Edu Web TV. Ianya menawarkan pakej pembelajaran, lembaran kerja dan latihan interaktif untuk murid-murid sekolah.  Antara kelebihan  E-Pembelajaran ialah ianya boleh dipelajari di mana-mana sahaja. Murid-murid boleh menyertai kelas dari mana-mana tempat di dunia, asalkan ia mempunyai sambungan komputer di internet. 

   Pelajar boleh melayari pembelajaran mereka pada bila-bila masa siang atau malam dan mempunyai akses berterusan untuk mengikuti kelas. Namun begitu banyak kelemahan E-Pembelajaran yang harus ditangani agar ia dapat diperluaskan di sekolah-sekolah negara kita.   Kebanyakan guru belum bersedia menggunakan kaedah E-Pembelajaran dan masih mengajar menggunakan kaedah ceramah serta belum mahir menggunakan kemudahan seperti video dan komputer. Oleh itu kepakaran harus dipertingkatkan dengan menyediakan kursus-kursus berkaitan di kalangan guru. Selain itu ia memerlukan masa dan kos yang tinggi terutama melibatkan perkakasan dan perisian di samping terdapat beberapa buah sekolah mempunyai kemudahan yang terhad. Pelajar terpaksa mengikut giliran untuk mengikuti pembelajaran yang berkonsepkan E-Pembelajaran menyebabkan mereka ketinggalan dan terpaksa untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya melalui kaedah pembelajaran yang sama. 

    Di samping itu penggunaan E-Pembelajaran harus dipantau setiap masa kerana masalah penyalahgunaan. Ini termasuk masalah kes penipuan dan peniruan kerja pelajar lain. Objektif penggunaan harus dicapai dan elakkan pelajar menggunakan E-Pembelajaran atas dasar keseronokan sahaja.. Bagi pelajar yang tidak mempunyai rangkaian internet di rumah mereka, ia akan menyukarkan pelajar untuk melihat apa-apa yang di paparkan dalam E-Pembelajaran. Sewajarnya semua pihak sentiasa harus mengenalpasti dan meyelesaikan masalah ini agar E-Pembelajaran di sekolah kita mencapai tahap yang membanggakan.

0 comments:

KELAS PEMULIHAN

VOKAL BERGANDING