RSS

BAHAN BANTU MENGAJAR

    Bahan Bantu Mengajar berasaskan teknologi memerlukan perancangan yang teliti untuk dipersembahkan kepada murid-murid. Bahan persembahan yang dimaksudkan di sini ialah seperti tayangan video (mpeg), gambar-gambar (jpeg) dan cd interaktif agar mewujudkan pembelajaran secara lebih berkesan dan menyeronokkan. Bahan yang dipersembahkan itu pada asalnya didapati daripada berbagai-bagi sumber iaitu dari rakaman video yang dilakukan sendiri atau dimuat turun dari Youtube. Jika menggunakan gambar, sumber boleh didapati melalui imbasan gambar melalui buku-buku. Ia juga mudah didapati pula di internet. Google saja apa saja gambar yang diingini untuk untuk dijadikan bahan paparan. Soalnya bagaimanakah cara mengimport dari sumber-sumber bahan ini? Ini akan di terangkan secara lebih terperinci pada keluaran seterusnya.



TEKNOLOGI DAN ANDA

        Dunia pendidikan sering berlaku transformasi seiring dengan kepesatan teknologi.  Terlintas di fikiran saya bahawa bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran berteknologi adalah amat penting dan seharusnya disesuaikan dengan zaman yang serba kompleks ini. Saya teringat era 90an dulu ketika di maktab perguruan, peralatan teknologi yang digunakanpakai ketika itu ialah seperti mesin pemancar slaid, overhead projector (OHP) dan yang "seangkatan" dengannya. Bezanya, jika hendak menggunakan peralatan teknologi zaman dulu memerlukan usaha keras untuk menyediakan bahan-bahannya. Pada hari ini teknologi hanya di hujung jari!  Pokoknya, adakah kita mampu menempuh arus zaman IT yang penuh mencabar ini?  

KELAS PEMULIHAN

VOKAL BERGANDING